Year: 2015

Doa Makbul

Syukur, Doa saya semalam tentang artikel terbaharu agar disiar di akhbar berbahasa Melayu, diperkenan Tuhan. Hari ini, Harian Metro siarkannya di ruangan Nuansa. Kata pemilik gambar, si kecil dalam gambar di atas itu, anaknya 😉 Kesimpulannya, dua artikel yang membawa mesej positif dapat tempat dalam akhbar yang sama, diletak bersebelahan pula. Mari kita, terus menulis. Tulis …

Doa Makbul Read More »

House Style – 7 Elemen Asas.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, saya asyik kena karate dengan editor sebab masalah yang dipanggil ‘house style’. Pastinya kena marah, sebab sudah empat tahun bekerja, tapi masih buat kesalahan. Kalau house style Bernama tidak diikuti, nanti berita yang ditulis akan hilang identiti ke-Bernama-an-nya. Inilah yang perlu dijaga editor. House style Bernama ialah ibarat kulit yang …

House Style – 7 Elemen Asas. Read More »

Byline. Satu Kepuasan Buat Penulis.

Syukur, pada Rabu lepas (28 Januari), dapat ‘byline’ di Financial Daily (The Edge). Perasaan artikel terbit di akhbar ini berbeza daripada akhbar lain. Sebab kumpulan pembacanya berbeza. Majoriti pembaca akhbar ini adalah orang-orang bisnes, mereka mahukan artikel yang berkualiti tinggi, setaraf dengan tahap pemikiran mereka. Mereka tidak mahu kisah yang remeh temeh. Setiap masa yang …

Byline. Satu Kepuasan Buat Penulis. Read More »

Agensi Berita vs Syarikat Berita: Persamaan Dan Perbezaan

Selamat Pagi. Hari ini kita bincang tentang institusi-institusi berkaitan berita yang ada di negara ini, yang juga merupakan gambaran asas terhadap struktur pemberitaan di negara-negara lain di seluruh dunia. Topik ini dicadangkan oleh guru penulisan saya, saudara Zamri Mohammad. Sehingga hari ini saya masih disoal orang, “Bernama ada surat khabar?” “Di mana nak baca berita …

Agensi Berita vs Syarikat Berita: Persamaan Dan Perbezaan Read More »

Jaga-jaga Konten Portal Berita

Kejadian ini berlaku kepada saya, pagi tadi. Bermula dengan satu link yang dikongsi rakan saya (saya tidak kongsi namanya), berita tentang CEO Air Asia X diberitakan meletak jawatan. Dengan berat hati, saya kongsi berita ini. Sedih. Kenapa? Sebab saya pernah menjadi rakan sepasukan Azran dalam pertandingan Ultimate Frisbee (boleh Google untuk tahu betapa cool-nya permainan …

Jaga-jaga Konten Portal Berita Read More »

Gajah Macam Kucing

Salam Ceria! #Flashback 2012 Bergambar dengan gajah liar di Zimbabwe. Di sini gajah bebas berjalan merata. Macam kita lihat kucing  melata di sini, begitu juga mereka bebas hidup bersama manusia di sana. Gajah yang ini sedang makan di tepi jalan, betul-betul sebelah pagar rumah orang. Comel!

Berkenalan Dengan Wartawan Awam

Anda masih ingat filem Superman zaman Christopher Reeve? Watak Clark Kent dan Lois Lane yang elegan bekerja di Daily Planet. Berkot sepanjang hari, hatta waktu sedang kerja di lapangan pun masih berdandan cara sama. Suasana dalam pejabat yang sentiasa berlatar belakangkan bunyi mesin taip dipetik laju, kertas-kertas berterbangan dan suara jerit menjerit dalam pejabat. Ini …

Berkenalan Dengan Wartawan Awam Read More »