5 Februari Yang Menggembirakan

Salam ceria buat semua.

Sudah beberapa hari saya menyepi dari sini, tapi sepi-sepi ada isi.

Dua hari ini, 4 dan 5 Februari 2015, mungkin dua hari paling menggembirakan dalam kerjaya saya.

Semalam, artikel Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia disiar 3 muka surat (termasuk penghias muka sisipan) di akhbar Kosmo! lengkap dengan byline.

Pada Ahad 2 Februari, saya terima satu panggilan daripada staf Kosmo! berkenaan artikel. Mereka mahukan nombor telefon doktor yang jadi subjek dalam artikel saya.

Saya katakan, boleh tapi sebab saya sedang berada di luar kawasan, maka nanti bila saya pulang, bolehlah saya beri.

Tiada sebarang komunikasi selepas itu.

Dan semalam artikel ini keluar.

Rasanya ini kali pertama artikel saya dipaparkan di bahagian ‘Rencana Utama’, yang menjadikan ia menjadi penghias muka sispan ‘Kosmo! 2’.

Artikel sama, versi Bahasa Inggeris juga telah diterbitkan oleh The Edge Financial Daily pada 28 Januari, boleh lihat ia di sini.

~ ~ ~

Semalam juga, satu lagi artikel berkenaan mangsa banjir di Kelantan disiarkan di Bernama. Boleh baca artikel pada pautan di bawah:

B. Melayu – Semangat Kebangkitan Mangsa Banjir Kelantan
B. Inggeris – Rising From The Floods, The Kelantanese Show Their Resilience

Ia diiring dengan satu berita gembira lagi, Bahagian Foto Bernama luluskan satu daripada tiga gambar yang saya hantar untuk artikel ini.

Perlu saya nyatakan. Mereka punya tapisan yang amat ketat. Foto-foto yang diterbitkan mesti mencapai tahap antarabangsa kerana klien Bernama banyak melibatkan agensi-agensi berita luar negara.

Sebab itu, kalau hantar 10 gambar, satu sahaja yang keluar pun, dah melompat gembira.

Hari ini, artikel ini, yang versi Bahasa Inggeris diterbitkan dalam bahagian ‘Top News’ di Malay Mail.

Harap-harap ia akan turut memikat mana-mana akhbar Bahasa Melayu juga.

~ ~ ~

Tengah malam tadi, saya dapat khabar gembira lagi. Tapi yang ini belum sampai masa untuk dikongsi.

Cukuplah saya katakan, ia amat bermakna untuk diri saya, hingga memberi sebab yang amat kuat untuk saya beli lens baru untuk kamera Nikon D5100 yang amat berjasa itu.

Daripada khabar ini, saya sudah rancang persediaan yang akan dilakukan:

Menyediakan bajet bulanan untuk membangun wartawanawam.com
Memantapkan gajet yang ada. Dua aset utama untuk diperbaik ialah
a. Nikon D5100
b. Smartphone (jenama dan model masih dicari)
~ ~ ~

Semalam juga, saya diberi latihan oleh saudara Azree Hanifiah untuk membeli ‘domain’ baru untuk laman ini.

Tambah menarik, saudara Izwan Robotys turut membuat rakaman tutorial membeli domain dan memautkan ia ke blog wordpress, boleh ditonton melalui pautan di bawah:

Beli Domain di namecheap.com
Sambungkan ke blog wordpress.com

~ ~ ~

Jadi, hari ini, 5 Februari 2015 , Atas Nama Tuhan Yang Menguasai Seluruh Alam, saya rasmikan , pautan baru ke laman Wartawan Awam –

www.wartawanawam.com

Maka dengan ini, saya mengambil tanggung jawab untuk terus membangun satu budaya untuk seluruh warga Malaysia.

Bahawa kita semua mampu untuk menulis sejarah kita sendiri, dari kaca mata kita sendiri, dengan nilai kita sendiri.

Buat rujukan anak-cucu ribuan tahun lagi.

~ ~ ~

Hari ini juga, ulang tahun anak saya, Arman Satrya Bhakti, satu tahun tujuh bulan umurnya.

Syukur padaMu Tuhan, banyak sungguh kurnia yang diberi.

Ali Imran
Wartawan Awam

Nota: Ini adalah post yang punya paling banyak gambar setakat ini. Saya pun tak sangka jadi macam ini 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published.