About Me
Terjun ke dunia kewartawanan 11 tahun lalu meninggalkan bidang logistik, Imran mempunyai minat untuk membantu masyarakat memahami cara penggunaan media sosial secara positif dan melawan sebaran maklumat palsu. Sejak 2015 hingga hari ini beliau menggerakkan usaha Media Information Literacy (MIL) di Malaysia menggunakan platform peribadi yang diberi nama ‘Wartawan Awam’.
Pada Mac 2020 Imran diberi kepercayaan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menubuhkan inisiatif semakan fakta pertama Bernama, MyCheck Malaysia. Minat yang mendalam dalam isu masyarakat dan teologi melahirkan platform bual bicara ‘Hidup’ pada Oktober 2021.
Pada Jun 2022 Imran memutuskan untuk bersara dari Bernama untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga. Peluang ini turut digunakan untuk memberi tumpuan membangunkan Wartawan Awam dan Hidup dengan lebih serius di bawah payung Warta Hidup.
Berkelulusan Advance Diploma in Logistics dari Chartered Insitute of Logistics and Transport (UK), Imran pernah gagal dalam pengajian di peringkat sarjana dan kini sedang berusaha untuk memulakan kembali perjuangan itu. Imran turut meminati topik berkaitan sejarah, teknologi dan pertanian.
- Siapa Saya?
- Blog
- Galleri
- Hubungi Saya (Contact Me)
Terjun ke dunia kewartawanan 11 tahun lalu meninggalkan bidang logistik, Imran mempunyai minat untuk membantu masyarakat memahami cara penggunaan media sosial secara positif dan melawan sebaran maklumat palsu. Sejak 2015 hingga hari ini beliau menggerakkan usaha Media Information Literacy (MIL) di Malaysia menggunakan platform peribadi yang diberi nama 'Wartawan Awam'.
Pada Mac 2020 Imran diberi kepercayaan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menubuhkan inisiatif semakan fakta pertama Bernama, MyCheck Malaysia. Minat yang mendalam dalam isu masyarakat dan teologi melahirkan platform bual bicara 'Hidup' pada Oktober 2021.
Pada Jun 2022 Imran memutuskan untuk bersara dari Bernama untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga. Peluang ini turut digunakan untuk memberi tumpuan membangunkan Wartawan Awam dan Hidup dengan lebih serius di bawah payung Warta Hidup.
Berkelulusan Advance Diploma in Logistics dari Chartered Insitute of Logistics and Transport (UK), Imran pernah gagal dalam pengajian di peringkat sarjana dan kini sedang berusaha untuk memulakan kembali perjuangan itu. Imran turut meminati topik berkaitan sejarah, teknologi dan pertanian.
No post found
Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang Wartawan Awam dan Hidup. Boleh jadi kita boleh bekerjasama dalam projek seterusnya!
Kuala Lumpur, Malaysia