Panelis pada minggu ini adalah Ustaz Rohidzir Rais.
Beliau adalah Mudir di Sekolah Islam Nur Al-Azhar. Beliau juga seorang penulis yang tidak asing dalam dunia buku ilmiah dan ada kalanya melontarkan pendapat tentang isu semasa melalui media sosial.
Perbincangan akan membawa penonton untuk memahami keadaan sosial masyarakat hari ini dan hubungannya dengan sejarah keadaan sosial masyarakat di zaman dahulu, khususnya zaman era kedatangan Nabi Muhammad.
Selepas 1400 tahun, sejauh mana kita sudah berubah?
Apa usaha yang telah dilakukan dalam mengatasi cabaran sosial yang melanda masyarakat pada waktu dahulu dan era moden hari ini?
Tarikh Siaran Live: 30 Oktober 2021 | Platform: Facebook/Streamyard