Saya dihubungi rakan, menanyakan kesahihan screenshot ini.
Terbitan Astro Awani, kononnya.
Tak sampai 5 saat pandang gambar, saya fatwakan pada rakan.
“Sah, berita bohong”
“Ejaan bankrap pun salah, ada hati nak buat fitnah,” sambung saya.
– – –
Saya senaraikan, antara perkara yang suka saya perhatikan bila saya dapat screenshot yang ‘nampak serupa tapi bukan dia’.
a. Nama organisasi – Mungkin ia screenshot yang betul, dari akaun yang ‘betul’ tapi rupanya ia adalah akaun fb rekaan, menggunakan nama betul. Kalau nasib kita baik, dapat kesan salah ejaan pada nama organisasi.
Tapi zaman sekarang ini, penipu makin pandai. Guna ejaan nama sama, DP sama, tapi bukan dia.
b. Ejaan – Pada status yang ditulis, kalau ejaannya salah jaga-jaga. Mungkin si penipu tak sempat nak buat spell check.
c. FoRMAttiNg – Disertakan contoh formatting yang hampir 100% sah menipu. Mungkin si penipu upah budak sekolah yang hanya tahu tulis ‘aq ske kat ko kowt, cyunk mucuk fucuk’.
d. Kualiti gambar – Biasa kalau menipu ni, editing gambar adalah kantoi kat mana-mana.
e. Periksa semula dengan akaun asal – Jika segala a, b, c, d telah anda perhatikan dan semuanya kelihatan benar dan sohih la khotoq, maka wajarlah anda membuat siasatan semula ke akaun asal atau ke laman asal ‘sumber’ screenshot itu.
Arakian jika tidak berjumpa, dan tidak pula ada permohonan maaf mahupun orang ramai menyatakan ketidak puashatian kerana status sudah dipadam, maka saya kata, it is safe to conclude that the screenshot is fake.
– – –
Sahabatku sekalian,
Dalam dunia yang penuh pembohongan ini,
Kita tidak ada pilihan lain,
Kecuali untuk belajar ‘self-censorship’.
Sebelum tekan butang ‘share’,
Atau sebelum mula komen caci maki gaya bebas,
Take a moment and ponder.
Take a deep thought on the material you are having in front of your eyes.
Could it be true?
Or could it be too good to be true?
– – –
Dahulu, politik hanya dimainkan dengan cara sebaran ‘hate speech’.
Hari ini, it is the play of ‘creating hatred’.
Be careful.
Don’t fall as victim.
– – –
Ali Imran
Wartawan Awam