Hadi Awang Bukan ‘Calon Alternatif Perdana Menteri Pakatan Harapan

Ia adalah maklumat palsu edaran laman parodi ‘HarakaTdaily (sengaja aku besarkan huruf T supaya kau orang nampak).

Mereka guna infografik yang asalnya milik Bernama (lihat betul-betul masih ada ‘watermark’ lambang Bernama di situ).

Kemudian mereka sunting ikut suka.

Tambah ‘maklumat’ sesedap rasa.

Mereka sebarkan atas nama ‘parodi’, ‘hiburan’ dan ‘seloka’.

Bila ditegur, mereka kata kami dah tulis nama kami di situ, pembaca yang tak baca betul-betul pasal apa?

Kami tak tipu, pembaca yang salah.

Pembaca, janganlah dibodohkan lagi ya.

Mohon SHARE untuk bantu betulkan kefahaman umum ya.

Ali Imran
Wartawan Awam

Leave a Comment

Your email address will not be published.