Sedang sedap mencangkul terjumpa sebutir guli di tanah.
Bagi penonton Squid Game, babak main guli mungkin babak paling penting bagi mereka. *Bagi saya, kalau belum terjebak, tak payahlah tonton SG.
Yang penting kita nak faham dalam babak permainan guli itu, pemain 001 ‘berkorban nyawa’ agar pemain 456 boleh terus mara
(Nota – Akhirnya pemain 456 menang pertandingan dan menang 45.6 billion won dan mengalami trauma jiwa yang kritikal – itulah harga yang dibayar demi sebuah kemenangan).
Dah habis semua permainan tamat, barulah kita tahu rupanya segala kejahatan, pembunuhan dan permainan korban nyawa itu dirancang oleh pemain 001.
Untuk apa dia kumpul orang terdesak wang dan tawarkan hadiah harta ganti nyawa?
Hanya untuk keseronokan semata-mata!
Perhatikanlah kehidupan kita…
Siapa pemain 001?
Adakah kita pemain 456?
Atau kita hanyalah seperti 454 pemain lain yang hanyalah korban bagi sebuah cereka sandiwara?
Hidupkan pemikiran kita.
Imran
Hidup
(Artikel ini disiarkan pada 26 Oktober 2022 di Facebook)
sila tekan untuk ke artikel asal