Sehebat-hebat manusia, adakah dia lebih hebat dari makhluk kecil bernama Kerengga?
Sidang ini akan mempersoal kedudukan manusia dalam ekosistem alam semesta.
Manusia dikurniakan akal hingga mampu mengolah sumber-sumber bumi mengikut apa yang dikehendakinya.
Tumbuh-tumbuhan dan haiwan pula hanya pasrah dengan apa yang dilakukan manusia. Berusaha untuk terus hidup mengikut fitrah yang ditentukan Yang Maha Esa, pencipta alam semesta.
Jom dengar apa kata pengasas Hidup, Ali Imran berkongsi pengalaman beliau sebagai wartawan bergelumang dengan pelbagai lapis manusia.
Saudara Abdul Rahman pula adalah seorang muallaf anak jati Sabah sudah lama bergerak aktif menyelami isu-isu kehidupan masyarakat tempatan negeri di bawah bayu.
Tarikh Siaran Live: 9 Oktober 2021 | Platform: Facebook/Streamyard