Bengkel ‘Menulis Rencana Gaya Wartawan’

Syukur, Bengkel ‘Menulis Rencana Gaya Wartawan’ edisi Ramadan berjalan dengan lancar tadi.
Perserta yang hadir tiga orang. Rezeki mereka, dapatlah saya tanya keperluan setiap peserta secara spesifik.
Antara topik yang disentuh tadi termasuklah platform-platform potensi sebaran artikel, sumber bahan penulisan, teknik membina soalan, 10 amalan menulis dan 12 sub-produk artikel rencana.
Diharapkan dengan perkongsian teori, latihan praktikal dan contoh-contoh ‘real time’ yang diberi tadi dapatlah dijadikan pedoman penulisan yang lebih mantap di masa akan datang.
Bengkel sama selepas raya sedang disusun. Jika berhajat hadir, berikan alamat emel di ruang komen.

Ali Imran
Wartawan Awam

Leave a Comment

Your email address will not be published.