Cara mengenal berita palsu melalui gambar.
Kecohlah satu Malaya konon skim pencen batal dan diganti dengan KWSP.
Pakatlah semua yang kurang cakna share merata ‘berita’ itu, disambut dengan kata maki.
Tapi mereka tak tahu sebenarnya mereka dah kena main, dalam erti kata lain – kena TIPU.
Rakyat jelata sekalian,
Bila dapat satu berita, siasatlah.
Kalau datang secara bergambar, perhatilah betul-betul.
Aku yang rabun ni pun, sekali pandang dah tahu benda ni menipu.
Lihat sahaja pada kualiti suntingan (editing) cap ayam yang dibuat. Nampak bebenau baru belajar guna Adobe Photoshop eh…
(Itupun kalau guna Photoshop. Entah-entah hanya guna photo editor jenis free dalam telefon tu sahaja…)
Sekejap font besar, sekejap font kecil. Dah tak ada ruang dalam gambar sebenarlah tu kan…eleh jangan nak kelentonglah dek non oiii…
Ejaan pun ke laut. Nampak benau tak pernah tahu beza cara guna imbuhan per – an dengan pe – an.
Cara eja yang betul adalah PERsaraan ya, bukan PEsaraan macam dalam gambar ini.
Sekali lagi nampaklah kebodohan cyber trooper (siapa punyalah ni, gaji tak bayar cukup kot).
Kedangkalan ilmu bahasa si pejuang siber yang seorang ini nampak lebih menyerlah dengan ketidak-retian beliau membeza kata nama am dengan kata nama khas.
Perkataan pencen bukanlah merujuk kepada nama orang atau organisasi maka ia bukan kata nama khas.
Oleh itu ia tidak perlu diberikan pangkal huruf besar seperti yang diguna dalam gambar ini.
Daripada guna ejaan ‘Pencen’ sepatutnya guna ‘pencen’ sahaja wahai pejuang hujung jari woiii…
Penggunaan di-(jarak) dan di-(dekat) pun salah. Penggunaan di-(jarak) digunakan untuk rujukan kepada lokasi. Di-(dekat) untuk yang selain dari itu.
Maka penggunaan ‘di mansuhkan’ dalam gambar ini adalah salah. Yang betul adalah ‘dimansuhkan’.
Perkatan ‘di ganti’ pun sepatutnya jadi ‘diganti’.
Apa ni sang cyber trooper, hangpa fail BM ke zaman SPM dulu? Benda itu pun tak tahu…
Begitulah cara aku memandang gambar ini, tak perlu rujuk tempat lain, seimbas lalu pun dah tahu ia adalah palsu.
Semoga post ini bermanfaat.
Kongsi post ini guna butang SHARE ya. Lagi ramai tahu, lagi kurang yang kena tipu.
Jangan lupa tekan juga butang ‘FOLLOW’ dan lebih afdhol – ‘See First’.
Ali Imran
Wartawan Awam