Terkasima. Terharu. Semua perasaan ada.
Semalam berlangsung dua bengkel di bawah payung Sekolah Penulisan Ramadan MyMove di mana saya menjadi tenaga pengajarnya.
Sesi pagi, Kelas Penulisan Kilat – Menulis Rencana dihadiri peserta-peserta dengan latar belakang pelbagai.
Golongan professional, pegawai kerajaan, pemimpin NGO, usahawan, panulis hantu serta pakar bidang menekuni perkongsian sampai ke tengah hari.
Kita bincang tentang 5 hukum teknikal penulisan merangkumi etika dan tatacara penulisan.
Lepas itu kita bincang tentang aplikasi prinsip pizza dan burger dalam penulisan rencana pula.
Soalan-soalan ‘maut’ peserta saya cuba jawab sebaiknya. Datang bertalu-talu ada masa nak bernafas pun tak sempat.
Sesi petang berlangsung pula Bengkel Seni Mempromosi Diri Dalam Akhbar dan Majalah Menggunakan ‘Press Release’.
Hadir usahawan, pemimpin NGO, pasukan perbukuan, ghostwriter serta pakar bidang yang mahu mencari jalan menembusi media.
Perkataan paling penting untuk diingat adalah ‘konsisten dalam perjuangan’. Itulah kunci mendapatkan perhatian pihak media secara organik.
Seperti sesi pagi soalan-soalan mencabar sentiasa datang dan ia menambahkan kerancakan sesi.
Syukur semuanya berjalan lancar. Saya gembira dengan komentar, pujian serta kritikan membina para peserta yang sudi berkongsi rasa.
Mohon maaf kepada semua yang hadir atas segala silap kata, kelemahan teknikal dan kekurangan dalam apa-apa aspek.
Kami akan buat yang lebih baik di masa akan datang.
Setinggi penghargaan kerana sudi menyokong Wartawan Awam. Doakan akan ada kelapangan lagi untuk buat bengkel seterusnya!
Ali Imran
Wartawan Awam